PROGRAM : KEJURUTERAAN AWAM
KURSUS : DIPLOMA GEOMATIK
SESI : JUN 2018
NAMA PENSYARAH : PUAN LIYANA BINTI ABDUL SAMAD
NAMA AHLI : -NORSYAHIRAH BINTI MOHAMAD NORAZMI (02DGU16F1017)
-NOOR HAFIZA BINTI MAZMIN (02DGU16F1083)
-NOOR NABILA SYAFIQAL BINTI RAHIMI (02DGU16F1095)
-NUR AIFA AFIQAH BINTI MAKTAR (02DGU16F1025)
-NURUL SHAZWANI NAJIHA BINTI RADZALI (02DGU16F1089)
PENGHARGAAN
Bersyukur kami terhadap Ilahi kerana
dengan limpah kurnianya dapat kami siapkan tugasan ini dengan jayanya.terlebih
dahulu,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah (POLISAS) kerana memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan
tugasan ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan dan rangkaian internet bagi memudahkan kami
mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada
Puan Liyana binti Abdul Samad,iaitu pensyarah Komunikasi dan Penyiaran dalam
Islam kami yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna
kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini di edarkan sehinggalah dalam
proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu,kami juga mengucapkan terima kasih
kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyelesaikan tugasan ini sehingga
sempurna. Kami juga turut merasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini
dengan saling bekerjasama
Akhir sekali harapan kami agar segala yang
kami hasilkan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam subjek Komunikasi
dan Penyiaran dalam Islam serta dapat kami manfaatkan pada masa akan datang.
PENGENALAN
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia.
Menurut Kamus Dewan(1970 :59) bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa
perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan
institusi pengajian tinggi.Maka dengan itu bahasa Melayu digunakan secara
meluas dalam sistem pendidikan negara.
Para pelajar di institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Golongan pelajar ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab, penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan ,ulasan dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.
Selain itu, mereka juga boleh melibatkan diri dalam bidang penulisan ilmiah atau menghasilkan buku-buku yang boleh dijadikan panduan kepada golongan yang ingin mencari ilmu dan meluaskan pembacaan. Penggunaan bahasa Malaysia yang baik dan betul merupakan langkah yang mesti diamalkan oleh para pelajar agar bahasa yang dibentuk dapat membina jati diri bangsa.
Para pelajar di institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Golongan pelajar ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab, penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan ,ulasan dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.
Selain itu, mereka juga boleh melibatkan diri dalam bidang penulisan ilmiah atau menghasilkan buku-buku yang boleh dijadikan panduan kepada golongan yang ingin mencari ilmu dan meluaskan pembacaan. Penggunaan bahasa Malaysia yang baik dan betul merupakan langkah yang mesti diamalkan oleh para pelajar agar bahasa yang dibentuk dapat membina jati diri bangsa.
Sejarah telah membuktikan bahawa golongan
cerdik pandai menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Oleh itu,
marilah kita bersama-sama memartabatkan Bahasa Malaysia
ISI-ISI PENTING
PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
Pelajar-pelajar
harus digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang berhubung
dengan bahasa melayu yang betul dan baik susunan bahasanya. Bahan-bahan ini
mungkin sedikit bilangannya, namun benda yang sedikit kalau dimanfaatkan tentu
akan memberikan makna yang besar kepada kita semua.
Para pelajar di institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan
tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar
ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja,
pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan,
soal jawab, penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan
aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan ,ulasan
dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.
Dalam hal ini,
semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah
generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada
bahasa warisan bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai
bahasa asing. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain, penekanan perlu
diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di
samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar
mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur dan berkesan.
Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari
secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Oleh
itu, guru-guru bahasa harus peka terhadap penggunaan bahasa malaysia.
Sebolehnya elakkan menggunakan bahasa dialek, bahasa campuran, dan bahasa
basahan ketika berhadapan dengan pelajar-pelajar.
Selain itu peranan
media massa juga tidak harus diperkecil media massa mempunyai tanggungjawab
sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa. Pujian dan sanjungan
haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus menggunakan
bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen penyiaran yang
mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan begitu juga
harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan penyebutan baku
bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu,
diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama memartabatkan
bahasa Malaysia di negara kita.
Antara lainnya,
Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat
penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi di Malaysia Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang
pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan
bahasa Malaysia, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai
contoh, dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka
merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam
memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di
Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah
undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans
dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan
glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum
ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha
ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat
membantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.
Sehubungan
dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Malaysia amatlah
dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak
kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk
masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan
pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa
ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan
sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam
semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan
memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas
dunia.
Bukan itu sahaja
malah punca berlakunya masalah ini ialah kurangnya
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal
ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu
sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan
melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita
sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik
mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri
setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti
tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya.
KESIMPULAN
Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia. Keaslian bahasa Melayu perlu terus diperihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain. Kerajaan negara itu juga boleh membuat kempen di dalam negaranya sendiri melalui media massa yang sering digunakan oleh remaja masa kini.
RUJUKAN
1. www.bumigemilang.com/karangan-berpandukan-rangsangan-kita.html.
2. dribnusina.blogspot.com/2016/02/memartabatkan-bahasa-melayu.html
3. dwnbahasa.dbp.my
4. wirawarisanmemartabatbahasamelayu.com
LAMPIRAN
Poker, Blackjack, And More - Oklahoma City
ReplyDeleteThe Oklahoma City-based Poker Rooms at 로투스바카라중계 the Hotel ibet789 sports betting asian handicap Kansas City Hotel Kansas City are all full of options. The Poker Room 포커 배열 키보드 is expansive, with a 365 벳 full 킹스 포커 roster of