Thursday, September 6, 2018

PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN KEMBALI BAHASA MALAYSIA


PROGRAM : KEJURUTERAAN AWAM

KURSUS : DIPLOMA GEOMATIK

 SESI : JUN 2018

NAMA PENSYARAH : PUAN LIYANA BINTI ABDUL SAMAD

NAMA AHLI : -NORSYAHIRAH BINTI MOHAMAD NORAZMI (02DGU16F1017)
-NOOR HAFIZA BINTI MAZMIN (02DGU16F1083)
-NOOR NABILA SYAFIQAL BINTI RAHIMI (02DGU16F1095)
-NUR AIFA AFIQAH BINTI MAKTAR (02DGU16F1025)
-NURUL SHAZWANI NAJIHA BINTI RADZALI (02DGU16F1089)


PENGHARGAAN
     
           Bersyukur kami terhadap Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami siapkan tugasan ini dengan jayanya.terlebih dahulu,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) kerana memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan tugasan ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan  dan rangkaian internet bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.
 
 Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Liyana binti Abdul Samad,iaitu pensyarah Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam kami yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini di edarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu,kami juga mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyelesaikan tugasan ini sehingga sempurna. Kami juga turut merasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan saling bekerjasama
   
   Akhir sekali harapan kami agar segala yang kami hasilkan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam subjek Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam serta dapat kami manfaatkan pada masa akan datang.

PENGENALAN
       
            Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Menurut Kamus Dewan(1970 :59) bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.Maka dengan itu bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan negara.

            Para pelajar di institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Golongan pelajar ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab, penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan ,ulasan dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.

            Selain itu, mereka juga boleh melibatkan diri dalam bidang penulisan ilmiah atau menghasilkan buku-buku yang boleh dijadikan panduan kepada golongan yang ingin mencari ilmu dan meluaskan pembacaan. Penggunaan bahasa Malaysia yang baik dan betul merupakan langkah yang mesti diamalkan oleh para pelajar agar bahasa  yang dibentuk dapat membina jati diri  bangsa.

           
Sejarah telah membuktikan  bahawa golongan cerdik pandai menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan Bahasa Malaysia




ISI-ISI PENTING


PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

            Pelajar-pelajar harus digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan bahasa melayu yang betul dan baik susunan bahasanya. Bahan-bahan ini mungkin sedikit bilangannya, namun benda yang sedikit kalau dimanfaatkan tentu akan memberikan makna yang besar kepada kita semua. 

            Para pelajar di institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab, penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan ,ulasan dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.  

Dalam hal ini, semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur dan berkesan. Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Oleh itu, guru-guru bahasa harus peka terhadap penggunaan bahasa malaysia. Sebolehnya elakkan menggunakan bahasa dialek, bahasa campuran, dan bahasa basahan ketika berhadapan dengan pelajar-pelajar.

Selain itu peranan media massa juga tidak harus diperkecil media massa mempunyai tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa. Pujian dan sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus menggunakan bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen penyiaran yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan begitu juga harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.

Antara lainnya, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia  Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Malaysia, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai contoh, dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat membantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.

 Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Malaysia amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia.

Bukan itu sahaja malah punca berlakunya masalah ini ialah kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya.


KESIMPULAN


            Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia. Keaslian bahasa Melayu perlu terus diperihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.  Kerajaan negara itu juga boleh membuat kempen di dalam negaranya sendiri melalui media massa yang sering digunakan oleh remaja masa kini.


RUJUKAN
     
1.     www.bumigemilang.com/karangan-berpandukan-rangsangan-kita.html.

2.     dribnusina.blogspot.com/2016/02/memartabatkan-bahasa-melayu.html

3.     dwnbahasa.dbp.my

4.     wirawarisanmemartabatbahasamelayu.com



LAMPIRAN