Thursday, September 6, 2018

PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN KEMBALI BAHASA MALAYSIA


PROGRAM : KEJURUTERAAN AWAM

KURSUS : DIPLOMA GEOMATIK

 SESI : JUN 2018

NAMA PENSYARAH : PUAN LIYANA BINTI ABDUL SAMAD

NAMA AHLI : -NORSYAHIRAH BINTI MOHAMAD NORAZMI (02DGU16F1017)
-NOOR HAFIZA BINTI MAZMIN (02DGU16F1083)
-NOOR NABILA SYAFIQAL BINTI RAHIMI (02DGU16F1095)
-NUR AIFA AFIQAH BINTI MAKTAR (02DGU16F1025)
-NURUL SHAZWANI NAJIHA BINTI RADZALI (02DGU16F1089)


PENGHARGAAN
     
           Bersyukur kami terhadap Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami siapkan tugasan ini dengan jayanya.terlebih dahulu,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) kerana memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan tugasan ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan  dan rangkaian internet bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.
 
 Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Liyana binti Abdul Samad,iaitu pensyarah Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam kami yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini di edarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu,kami juga mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyelesaikan tugasan ini sehingga sempurna. Kami juga turut merasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan saling bekerjasama
   
   Akhir sekali harapan kami agar segala yang kami hasilkan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam subjek Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam serta dapat kami manfaatkan pada masa akan datang.

PENGENALAN
       
            Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Menurut Kamus Dewan(1970 :59) bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.Maka dengan itu bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan negara.

            Para pelajar di institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Golongan pelajar ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab, penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan ,ulasan dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.

            Selain itu, mereka juga boleh melibatkan diri dalam bidang penulisan ilmiah atau menghasilkan buku-buku yang boleh dijadikan panduan kepada golongan yang ingin mencari ilmu dan meluaskan pembacaan. Penggunaan bahasa Malaysia yang baik dan betul merupakan langkah yang mesti diamalkan oleh para pelajar agar bahasa  yang dibentuk dapat membina jati diri  bangsa.

           
Sejarah telah membuktikan  bahawa golongan cerdik pandai menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan Bahasa Malaysia




ISI-ISI PENTING


PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

            Pelajar-pelajar harus digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan bahasa melayu yang betul dan baik susunan bahasanya. Bahan-bahan ini mungkin sedikit bilangannya, namun benda yang sedikit kalau dimanfaatkan tentu akan memberikan makna yang besar kepada kita semua. 

            Para pelajar di institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab, penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan ,ulasan dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.  

Dalam hal ini, semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur dan berkesan. Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Oleh itu, guru-guru bahasa harus peka terhadap penggunaan bahasa malaysia. Sebolehnya elakkan menggunakan bahasa dialek, bahasa campuran, dan bahasa basahan ketika berhadapan dengan pelajar-pelajar.

Selain itu peranan media massa juga tidak harus diperkecil media massa mempunyai tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa. Pujian dan sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus menggunakan bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen penyiaran yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan begitu juga harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.

Antara lainnya, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia  Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Malaysia, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai contoh, dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat membantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.

 Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Malaysia amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia.

Bukan itu sahaja malah punca berlakunya masalah ini ialah kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya.


KESIMPULAN


            Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia. Keaslian bahasa Melayu perlu terus diperihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.  Kerajaan negara itu juga boleh membuat kempen di dalam negaranya sendiri melalui media massa yang sering digunakan oleh remaja masa kini.


RUJUKAN
     
1.     www.bumigemilang.com/karangan-berpandukan-rangsangan-kita.html.

2.     dribnusina.blogspot.com/2016/02/memartabatkan-bahasa-melayu.html

3.     dwnbahasa.dbp.my

4.     wirawarisanmemartabatbahasamelayu.com



LAMPIRAN










Friday, August 19, 2016

KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR, UDARA DAN TANAH


KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR, UDARA DAN TANAH

PROGRAM:  JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
KURSUS:  DIPLOMA GEOMATIK UKUR
SESI:  JUN 2016
NAMA PENSYARAH:  PUAN LIYANA BINTI ABDUL SAMAD
NAMA AHLI:
-NURUL SHAZWANI NAJIHA BINTI RADZALI (02DGU16F1089)
-NOOR NABILA SYAFIQAH BINTI RAHIMI (02DGU16F1095)
-NORSYAHIRAH BINTI MOHAMAD NORAZMI (02DGU16F1017)
-NUR SYAZWANI BINTI KHAMZANI (02DGU16F1019)

PENGHARGAAN
      
           Bersyukur kami terhadap Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami siapkan tugasan ini dengan jayanya.terlebih dahulu,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) kerana memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan tugasan ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan  dan rangkaian internet bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.
  
 Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Liyana binti Abdul Samad,iaitu pensyarah Pengajian Malaysia kami yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini di edarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.Selain itu,kami juga mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyelesaikan tugasan ini sehingga sempurna. Kami juga turut merasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan saling bekerjasama
    
   Akhir sekali harapan kami agar segala yang kami hasilkan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam subjek Pengajian Malaysia serta dapat kami manfaatkan pada masa akan datang dan dapat memudahkan kami untuk menjawab peperiksaan akhir semester nanti.
                       

PENCEMARAN AIR
  

Pencemaran air ialah aktiviti
pengilangan,kegiatan pertanian dan bahan buangan domestik daripada kawasan perumahan.Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan di buang sewenang-wenangnya ke dalam sungai.Kebanyakkan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan buangan di salurkan ke dalam sungai-sungai berkenaan.Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai terutamanya bahan agrokimia.

Pemprosesan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia yang di salurkan ke dalam sungai.Hampas-hampas organic yang menjadi bahan buangan pemprosesan di buang ke dalam sungai.Selain itu,penggunaan baja ,pestisid dan inseptisid untuk membunuh haiwan perosak akan mencemarkan sumber air.Contohnya adalah tinjauan di Sg.Klang.



CONTOH PENCEMARAN AIR DI SUNGAI KLANG.

          Kesan pencemaran udara terhadap adalah akan menjejaskan kesihatan manusia.gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah yang melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
         
          Kesan pada haiwan akan menyebabkan haiwan tersebut terancam atau mati akibay dari pencemaran udara.Hal ini disebabkan oleh asap tercemar yang masuk ke dalam paru-paru haiwan tersebut.
         
          Seterusya,pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya penyusutan lapisan ozon yang melindungu bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh matahari akan menyebabkan penyakit kanser kulit dan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumu yang menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.
         
          Selain itu,menyebabkan hujan asid yang mampu membunuh tumbuhan dan juga hidupam liar.Pada masa yang sama,ia juga menghakis bahan binaan bangunan dan menyebabkan  pH tanah berkurangan.


KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR

1.BAU BUSUK
 
-Timbunan sampah yang menyumbat salur sungai akan menyebabkan berlakunya bau busuk yang boleh mengganggu keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai.Selain itu,timbunan sampah juga boleh mencacatkan pemandangan dan menimbulkan imej yang tidak baik bagi pelancong yang datang ke Negara kita.

2.AIR TERCEMAR

-Pembuangan sisa toksik oleh sektor perkilangan dan juga sikap nelayan telah mencemarkan air sungai.Air sungai ini sudah tidak selamat untuk digunakan penduduk bagi kegunaan domestic seperti memasak,membasuh dan mandi




3.KEHIDUPAN AKUATIK TERANCAM

-Air sungai yang tercemar juga boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik.Kandungan  BOD yang tinggi dalam sungai menjadi satu ancaman kepada hidupan akuatik.Jika keadaan ini berlarutan,hidupan akuatik akan mati.

4.BANJIR

-Ekoran daripada kegiatan pemendapan kelodok dan lumpur dari kawasan pembinaan di tebing sungai juga telah menyebabkan dasar sungai menjadi cetek.Ketika hujan lebat,Kawasan rendah di tebing sungai dilanda banjir terutama ketika musim Monsun Timur Laut;

5.PENYAKIT
-Keadaan banjir yang berterusan juga boleh membawa risiko terdedah kepada penyakit seperti taun dan koleira.Oleh sebab itu,kita perlu menjaga kebersihansumber air seperti sungai,tasik dan laut supaya selamat untuk digunakan.Ini merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu.



LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR


         Cara-cara untuk mengatasi pencemaran air adalah dengan mengelakkan pembuangan sisa-sisa makanan dan organic didalam longkang.Cara praktikal yang boleh dilakukan ialah menanam sisa-sisa makanan ditapak yang sesuai.
  

        Kawasan yang dianggap sesuai mestilah terletak agak jauh dari sungai-sungai atau dimana-mana punca air.Ini bagi mengelakkan proses larut resap yang juga boleh mengakibatkan pencemaran.Hal ini dapat mengelakkan penyumbatan sistem pengaliran longkang,pembiakan nyamuk da bakteria serta banjir.
  

        Langkah yang seterusnya ialah poenguatkuasaan undang-undang.Contohnya Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemari laut dan pantai.Bagi kilang-kilang yang menyalurkan bahan buangan seperti cecair dan pepejal kimia kedalam sungai juga akan diambil tindakan tegas.Penggunaan bahan kimia oleh kilang-kilang juga dihadkan.


 PENCEMARAN TANAH

KESAN PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanaH boleh menjejaskan aktiviti harian manusia . Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini. Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan aktiviti pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang di tanam.

          Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan  kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

           Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah, berlaku perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.




KAYU BALAK YANG DITEBANG DAN PEMBUANGAN SAMPAH YANG MENYEBABKAN TANAH TERCEMAR

CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN TANAH
          Untuk mengurangkan pencemaran tanah berlaku daripada bahan yang tidak terurai, kempen kesedaran mengenai program kitar semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Tempat-tempat khas seperti tong-tong sekitar semula haruslah disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, bekas minuman tin aluminium, kertas, surat khabar dan sebagainya. Walaupun kaedah ini akan melibatkan kos yang tinggi, tetapi bagi dalam jangka masa yang panjang kaedah ini boleh dapat membantu kita untuk memulihara alam sekitar dan boleh menjimatkan sumber alam.

          Disamping itu, bagi penggunaan racun makhluk perosak pula patut dielakkan penggunaanya kerana ia akan menyebabkan penyakit kronik yang boleh merosakkan buah pinggang. Racun serangga yang mengandungi bahan pencemaran seperti pestisida tanah tanaman menjadi terbantut. Sebaliknya, kaedah-kaedah alternatif pengawalan makluk perosak seperti pertanian organik dan pertanian organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluaskan. Kaedah ini juga dapat mengurangkan pencemaran alam. Selain itu, pengawalan serangga secara biologi juga boleh digunakan tanpa menjejaskan alam sekeliling.

          Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas berkaitan aspek penjagaan kebersihan alam sekitar. Jika lihat pada hari ini, hanya ada segelintir sahaja kilang yang dibina mematuhi piawai kebersihan yang ditetapkan. Dengan ini, pelepasan asap kilang dan pembuangan  sisa toksid ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka dapatlah dikawal. Oleh itu, denda yang maksimum dan hukuman sebtan yang setimpal patut dikenakan keatas pekilang yang tegar supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Justeru, sikap pengilang yang bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing bagi mereka yang tidak suka berpakat dan mementingkan diri sendiri akan dapat dibanteras dengan lebih efektif

PEMCEMARAN UDARA

KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA

          Kesan pencemaran udara terhadap adalah akan menjejaskan kesihatan manusia.gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah yang melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
         
          Kesan pada haiwan akan menyebabkan haiwan tersebut terancam atau mati akibay dari pencemaran udara.Hal ini disebabkan oleh asap tercemar yang masuk ke dalam paru-paru haiwan tersebut
         
          .seterusya,pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya penyusutan lapisan ozon yang melindungu bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh matahari akan menyebabkan penyakit kanser kulit dan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumu yang menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.
         
          Selain itu,menyebabkan hujan asid yang mampu membunuh tumbuhan dan juga hidupam liar.Pada masa yang sama,ia juga menghakis bahan binaan bangunan dan menyebabkan  pH tanah berkurangan.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA
         
        Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara ialah menghijaukan kawasan. Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.
               Kedua ialah penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti habuk dan selesema daripada belarutan.
           Ketiga ialah program kitar semula. Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga.Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
             Akhir sekali, penguatkusaan undang-undang perlu diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan untuk diambil tindakan selanjutnya.

Contoh pencemaran udara


 RUMUSAN

 Secara kesimpulannya , terdapat pelbagai kesan yang membawa kepada pencemaran air udara dan tanah ini.Oleh itu, untuk memastikan pencemaran ini dapat diatasi semua pihak seperti kerajaan , NGO ,swasta dan juga orang awam harus turut sama di dalam menjaga alam sekitar bersama-sama.Alam sekitar adalah anugerah yang tidak terhingga yang harus dipelihara agar warisannya akan kekal untuk tatapan generasi akan datang.